[Video] Najib selesai beri keterangan kepada SPRM - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, May 24, 2018

[Video] Najib selesai beri keterangan kepada SPRM


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selesai memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengambil masa tujuh jam.
Proses mengambil keterangan dikatakan bermula jam 10 pagi sebaik sahaja bekas Presiden UMNO itu diiringi peguamnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9.45 pagi tadi.

Hari ini merupakan kali ketiga Najib dipanggil bagi membantu siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd untuk kali selain kelmarin dan pada 2015.

Syarikat berkenaan merupakan anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga diletakkan bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

“Saya memberi keterangan dengan sebaik-baiknya dan pegawai SPRM memberi layanan profesional ketika menyoal saya.

“SPRM maklum keterangan ini sudah selesai dan sepanjang proses keterangan, saya diberi masa untuk solat zohor dan 40 minit untuk rehat,” kata Najib secara ringkas.



Lihat video:
https://youtu.be/1pUF2XcNBcQ

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/1mdb
http://pakdin.my/tag/najib-razak


#RuleOfLawRimba

No comments:

Post a Comment