UMNO tuntut semula dana politik dirampas polis

UMNO akan memohon polis melepaskan rampasan wang dana politik parti itu oleh pihak berkuasa itu baru-baru ini.

Ini kerana dana tersebut diperolehi melalui sumbangan untuk digunakan dalam kempen PRU 14 dan bagi pengurusan parti.

Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO , pembiayaan politik adalah satu perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang negara.

Justeru itu, pihak polis perlu melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa terbabit.

“UMNO kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” katanya.

UMNO turut dukacita kerana bagi sumbangan dana kempen dan parti telah dirampas semasa ia dalam proses dipindahkan kepada kepimpinan baru UMNO, selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Secara umumnya, Presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk UMNO termasuk dana bagi Pilihan Raya Umum. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan parti.

“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik d negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan UMNO di mana mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.

“Untuk makluman, semasa mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli,” kenyataan unit tersebut.





Author:

Facebook Comment