UMNO Masih 'Kingmaker' Sebenar - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, May 23, 2018

UMNO Masih 'Kingmaker' Sebenar

Sudah 12 hari berlalu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun barisan Kabinet masih belum lengkap lagi. Kerajaan BN yang dahulu sekejap sahaja bentuk kabinet, siap dengan timbalan sekali. Namun itu tidak berlaku pada kerajaan pakatan hari ini.

Kerajaan pakatan ini berjanji akan tubuhkan satu Kabinet kecil yang dianggotai wakil daripada empat parti komponen Pakatan Harapan (PH) minggu lepas. Namun sehingga hari ini, masih tiada berita mengenainya.

Alasan yang digunakan adalah kerana ia mengambil masa untuk menubuhkan senarai jemaah menteri Kabinet lengkap kerana setiap parti perlu merujuk parti masing-masing untuk beri nama calon Menteri pilihan mereka.

Susah sungguh mahu pilih menteri sehingga mengambil masa berhari-hari. Ada wujud perselisihan faham antara ahli ke? Malah kenyataan Nurul Izzah yang mengumumkan GST akan dihapuskan pada 1 Jun 2018 juga dibangkang oleh Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan. Sudah mula flip flop antara mereka.

Gambaran yang samar-samar mengenai perselisihan antara ahli PH ini seolah-olah cuba disorokkan oleh kerajaan PH. Tiada yang boleh disorok, rakyat sedang menilai apa sebenarnya yang berlaku.

Ketidakstabilan yang wujud di dalam kalangan anggota PH ini menimbulkan persepsi yang mereka boleh berpecah pada bila-bila masa sahaja.

Apa pun, UMNO masih lagi "king maker".

Ini boleh dilihat kerana UMNO adalah satu-satunya parti tunggal yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen berjumlah 54 kerusi. Diikuti oleh PKR (47 kerusi), DAP (42 kerusi), PAS (18 kerusi), BERSATU (13 kerusi), AMANAH (11 kerusi), WARISAN (8 kerusi) dan lain-lain parti yang menang antara 1 atau 2 kerusi sahaja.

Jadi orang UMNO jangan cepat lemah semangat. Terus adakan mesyuarat cawangan dan bahagian. Terus kerja untuk rakyat. Terus berkhidmat untuk rakyat. Insyallah, rakyat akan melihat siapa yang tekun kerja dan siapa yang asyik menabur janji manis sahaja.



No comments:

Post a Comment