SPRM digesa siasat dakwaan kes rasuah babitkan Mahathir - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, May 24, 2018

SPRM digesa siasat dakwaan kes rasuah babitkan Mahathir


Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengetuai lebih 30 penyokongnya mengesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull membuat siasatan ke atas dakwaan 13 kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini dengan ‘menyerahkan dokumen berkaitan’ kepada SPRM supaya menyiasat skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri itu ke-7 itu.

“Hari kita perlu bangkit kembali melawan pemimpin seperti Dr Mahathir, kita bawa kepada SPRM  sebanyak 13 kes semuanya didakwa mempunyai rasuah.

“Saya nak beritahu perdana menteri baru kita ini bukan perdana menteri yang tak biasa kita jumpa saya dan saudara Lokman Adam pernah bertempur dengan dia.

“Kita pernah lawan dia sebab beliau adalah pemimpin yang zalim, korup,” dakwa Azwanddin (foto) ketika sidang media bersama bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Antara 13 kesalahan rasuah yang  disenarai semula adalah dakwaan Dr Mahathir memiliki RM100 juta keping wang kertas bernilai RM500 dan RM100, skandal Pewaja Steel, skandal BMF serta Forex.

Katanya, kes-kes terbabit sebelum ini pernah dilaporkan pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.




Rujukan:




No comments:

Post a Comment