Slogan ‘Kamek Milih Nancy’, #teamnancyshukri curi perhatian - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, May 2, 2018

Slogan ‘Kamek Milih Nancy’, #teamnancyshukri curi perhatian


Slogan ‘Kamek Milih Nancy’ dalam bahasa Sarawak yang digunakan calon Barisan Nasion-al(BN), Datuk Seri Nancy Shukri mencuri perhatian pengundi di kawasannya dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tidak hanya sekadar slogan, sebaliknya, koleksi lagu kegemaran Nancy yang selalu didendangkan pada majlis-majlis dirakam dalam bentuk cakera padat (CD) yang mengandungi 13 buah lagu termasuk dalam bahasa Melayu, Iban, Cina serta Inggeris dijadikan bahan kempen.

Antara lagu yang terdapat dalam album berkenaan termasuklah Hati Yang Luka, Bujang Lelingai, Just Fall In Love Again, Tuhan Jagakan Dia, Ni Zen Me Shuo dan Yesterday

Selain slogan dan CD nyanyian calon, hashtag #teamnancyshukri yang ada pada setiap bahan kempen juga memberi kesan terutama kepada mereka yang berkongsi di media sosial lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda di sini.

Salah seorang pengikut laman sosial Nancy, Abbas Salimin berkata, dia turut menggunakan slogan dan hashtag #teamnancyshukri status setiap kali memuat naik statusb di laman sosial Facebook yang sekali gus membuatkan dia berasa menjadi sebahagian daripada pasukan kerja calon Batang Sadong itu.

“Saya rasa bangga sekali menggunakan hashtag dan slogan Kamek Milih Nancy. Saya juga amat mengagumi beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mudah didekati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Simunjan sebentar tadi.

Parlimen Batang Sadong mempunyai populasi seramai 53,311 orang dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 23,375 orang.

CD koleksi nyanyian Nancy telah dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Simunjan, Awla Dris baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment