Sekarang bukan masa sesuai untuk penyenaraian Petronas, kata pakar

Ketua Ekonomi IQI Global Shan Saeed berkata Arab Saudi menangguhkan penyenaraian lima peratus daripada US$2 trillion (US$1 = RM3.98) syarikat minyak milik negaranya, Saudi Aramco, daripada tahun ini kepada 2019.

“Arab Saudi mengelakkan (Saham Terbitan Awam (IPO) berkenaan) disebabkan oleh ketidak tentuan dan turun naik pasaran, dan ia tidak dianggap sebagai pragmatik untuk penyenaraian pada masa ini,” katanya kepada Bernama News Channel, hari ini.

Shan berkata demikian ketika diminta pandangannya berikutan laporan yang memetik seorang pelabur mencadangkan kepada kerajaan untuk menyenaraikan Petronas sebagai satu cara untuk mendapatkan jumlah wang yang besar dengan segera



Author:

Facebook Comment