#PRU14 : Politik Sarawak berteraskan perjuangan politik pembangunan - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, May 5, 2018

#PRU14 : Politik Sarawak berteraskan perjuangan politik pembangunan

Politik di Sarawak berteraskan kepada perjuangan politik pembangunan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, politik yang diamalkan di Sarawak tidak boleh disamakan dengan Semenanjung.


“Di Sarawak ini berbeza, kita tidak mempolitikkan pembangunan, malah kita memperjuangkan pembangunan terutama untuk rakyat di luar bandar inilah yang dinamakan politik pembangunan.


“Kita tidak berpolitik semata-mata hanya untuk merebut kuasa kerana kita mahu rakyat menikmati manfaat pembangunan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang terus berkembang hasil kerjasama erat kedua-dua kepimpinan kerajaan pusat dan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika perjumpaan bersama ahli-ahli ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kampung Isu Lama, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Nancy berkata, beliai menyeru ke semua 228 ranting PBB di Batang Sadong mengingatkan seluruh 23,131 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan bahawa kepimpinan BN perlu dikekalkan untuk menjamin kesinambungan pembangunan rakyat. 


“Rakyat harus bijak menilai siapa yang membangunkan kampung mereka selama ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment