#PRU14 : Nancy kempen guna bahasa Jawa - Randau Sarawak

Breaking

Friday, May 4, 2018

#PRU14 : Nancy kempen guna bahasa Jawa


SADONG JAYA - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Sadong mengambil pendekatan sedikit berbeza ketika sesi bersama masyarakat di Kampung Sadong Jaya Ulu, di sini.

Datuk Seri Nancy Shukri yang juga penyandang kerusi itu memikat masyarakat Jawa di kampung tersebut apabila berkempen bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu Sarawak malahan di selang-seli dengan bahasa Jawa.

"Aku teko kene gowo pembangunan ninggo riko wong men penak gawek kejo arian (Saya datang ke sini membawa pembangunan untuk memudahkan anda semua menjalankan kehidupan seharian).

"Macem-macem wes digawek perintah ninggo rikowong, surau baru, dewan baru karo jeng paling baru saiki, tempat main bol jeng gedi karo apik ninggo wong enom gawek aktiviti (Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda semua seperti surau baharu, dewan baharu serta sebuah gelanggang futsal yang sangat besar dan cantik untuk digunakan terutamanya para remaja mengadakan aktiviti riadah dan bersukan)," katanya disambut tepukan gemuruh lebih 100 komuniti Jawa di kampung tersebut.

Nancy yang bertanding buat kali ketiga di Parlimen tersebut berkata, kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di kawasan tersebut untuk kemudahan rakyat. - Bernama 

No comments:

Post a Comment