#PRU14 : Lelaki dicekup polis gara-gara khianat bahan kempen - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, May 5, 2018

#PRU14 : Lelaki dicekup polis gara-gara khianat bahan kempen

Seorang lelaki dicekup polis setelah didapati merosakkan dan mencuri bahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 di kawasan Parlimen Puncak Borneo hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal berkata, tangkapan tersebut dibuat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Padawan di sebuah rumah kebun tidak bernombor di Kampung Sungai Duuh, Siburan pada pukul 8.15 pagi tadi.

“Tindakan suspek terbongkar setelah penduduk kampung ternampak suspek merosakkan beberapa tiang bendera Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan PKR yang terpacak di sepanjang jalan menuju ke Kampung Sungai Duuh kelmarin.

“Bukan itu saja, suspek juga membawa balik bendera-bendera yang ditanggalkannya daripada tiang dan membawa balik ke rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis juga merampas tujuh bendera PKR, BN (lima) dan PBB( satu) serta sebuah penyidai (hanger) bentuk payung warna coklat di rumah itu.

“Suspek bukan seorang pesakit mental dan semakan rekod lampau mendapati dia mempunyai kesalahan di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Kita sedang menyiasat motif suspek bertindak sedemikian,” jelasnya.

Amer berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan.

Mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang boleh membawa hukuman pen-jara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya dan jika gagal membayar denda akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment