#PRU14 : Isu mengenai Najib, isteri tiada kaitan dengan S'wak - Abg Johari - Randau Sarawak

Breaking

Monday, May 7, 2018

#PRU14 : Isu mengenai Najib, isteri tiada kaitan dengan S'wak - Abg Johari


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak ada hubungannya dengan Sarawak apatah lagi yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walaupun begitu, beliau berkata rakyat Sarawak sepatutnya ingat apa yang Najib lakukan untuk negeri ini berbanding dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memenuhi permintaan negeri semasa tempoh perkhidmatan nya sebagai Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

"Saya fikir (di) Sarawak, kita tidak mempunyai masalah kerana parti berasaskan semenanjung (politik) tidak datang ke sini.

"Itu (isu mengenai Najib dan Rosmah) adalah masalah mereka, bukannya kita. Kita harus ingat bahawa Najib membantu kita. Tanpa Najib, tidak akan ada Lebuhraya Pan Borneo.

"Kali terakhir ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, kami meminta tetapi tiada apa yang berlaku tetapi Najib melaksanakannya," katanya ketika ditemui di sebuah wawancara media di Kompleks Dewan Negeri lama di sini malam Sabtu.

"Terdapat banyak bank terpaksa ditutup di Sarawak kerana dasar kerajaan ketika itu. Kerajaan kemudian memutuskan untuk menggabungkan beberapa bank itu kerana tidak mempunyai cukup modal selepas krisis kewangan seperti Hock Hua Bank dan Bank Utama sebagai antara institusi perbankan yang menghadapi penutupan pada masa itu. Akhirnya kita tidak mempunyai banyak Bank dan saya tidak boleh maaf kan ini, " tambah nya lagi.

"Jadi apabila saya menjadi Ketua Menteri, saya menubuhkan bank kita sendiri - DBoS (Bank Pembangunan Sarawak)," katanya.

Beliau percaya bahawa operasi DBoS akan mencetuskan pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Menjawab satu soalan mengenai Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, Abang Johari berkata: "Apa yang telah lalu adalah masa lalu. Kita harus melihat ke depan dan bukannya melihat sejarah. "

Beliau menegaskan bahawa kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan BN "akan memberikan bantuan kewangan" walaupun untuk Akta yang diluluskan lebih 40 tahun yang lalu.

Menurutnya, Sarawak tidak memberikan haknya kepada kerajaan persekutuan.

"Berdasarkan rekod, kita telah mematuhi undang-undang. Tun Abdul Rahman. Ketua Menteri Sarawak yang terdahulu tapi ada yang tidak dilaksanakan. Semua wang pergi ke KL (Kuala Lumpur). Ianya memang tidak betul dan kita mengharapkan duit itu kembali ada lah sik banyak (ia kembali tetapi tidak banyak)," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri akan terus meningkatkan akses jalan di kawasan luar bandar sambil meneruskan pelan transit ringan (LRT) untuk kawasan bandar.

Beliau mengingatkan penduduk Sarawak bahawa ia akan mengambil masa untuk memperbaiki infrastruktur sedia ada, dengan mengatakan tiada apa-apa yang boleh dicapai dalam masa satu malam.

"Kami melakukan LRT untuk bandar dan kawasan luar bandar, kami akan membina jalan yang betul. Kami berbuat demikian dan kami tidak boleh bergantung pada persekutuan (kerajaan).

"Ia akan mengambil masa - tiga tahun atau mungkin melebihi tiga tahun," katanya sambil menambah pembinaan LRT mungkin mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

No comments:

Post a Comment