PRU14: Dulu setuju, Daim kini ‘lidah bercabang’ tolak GST [Video]

Barisan Nasional (BN) menyifatkan Tun Daim Zainuddin “lidah bercabang” apabila membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Timbalan pengarah komunikasi BN berkata Daim dahulu pernah menyokong cukai itu tetapi berubah kerana kini bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Anehnya apabila GST dilaksanakan tiga tahun lalu, beliau antara salah seorang yang menyokong dan memberitahu mahu melaksanakan GST ketika menjadi menteri kewangan.



Lihat video:
https://youtu.be/https://youtu.be/uqUAZt1MTZI

“Berpolitik lidah bercabang ini tanpa menghiraukan ekonomi negara adalah tidak sihat,” kata Datuk Eric See-To Choong kepada Harian Metro.

Daim sebelum ini berkata beliau pernah bercadang memperkenalkan GST ketika memegang jawatan menteri kewangan pada 1984.

Katanya, cukai itu penting kerana pendapatan negara yang diperoleh dari Petronas waktu itu terlalu kecil iaitu hanya 40 peratus.

Bagaimanapun, Daim dalam satu ceramah di Pendang, Kedah pada Selasa menyindir GST yang disifatkannya bermaksud “government suka tipu”.


#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#BetterSelangor
#TawanSelangor
#TolakLogoPKR




Author:

Facebook Comment