#PRU14: DOJ Akan Buat Cerita Palsu Malam Ini, Mahathit Dijangka Buat Drama Simpati

Esok adalah hari Rabu yang dinanti. Hari untuk semua rakyat Malaysia mengundi. Tinggal 24 jam sahaja lagi. Pembangkang mula gelisah, tsunami Melayu masih tidak menjadi. Terpaksalah reka drama simpati dan buat cerita palsu lagi.

Menurut sumber tertentu, pembangkang dijangka bersekongkol sekali lagi dengan
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) untuk membuat satu lagi dakwaan palsu dalam bentuk surat.

Walaupun sudah terbukti fitnah jahat apabila firma audit antarabangsa Deloitte, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Peguam Negara mengesahkan wang 1MDB tidak hilang, tetapi pembangkang masih lagi mahu memainkan isu DOJ ini.

DOJ menerusi Sarawak Report (SR) akan buat kecoh dengan mengeluarkan waran tangkap palsu yang direka ke atas Najib. Sebenarnya, ia adalah taktik lama yang sudah dibuat dulu tapi diulang semula.

Pada Julai 2016, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Loretta Lynch telah sidang media menyatakan bahawa ada saman sivil yang difailkan kononnya melibatkan syarikat pelaburan straegik 1MDB.

Lynch mendakwa sejumlah dana dikeluarkan secara haram daripada 1MDB dan menuduh kes itu sebagai kes kleptokrat terbesar di dunia. Padahal, tuduhan ini tidak benar, ramai yang terlupa skandal terbesar bank di dunia adalah kes kehilangan wang Forex berjumlah RM31.5 billion pada zaman Mahathir.

Sehingga hari ini, tidak ada pendakwaan di mahkamah dan bukti dikemukakan. Dakwaan Lynch ini mengarut sama sekali.
Rupa-rupanya Loretta hanya gunakan Malaysia untuk alihkan perhatian ke atas skandal penggubahan wang haram yang dihadapinya dengan kartel dadah dan pengganas.

Ketika itu Loretta bertugas sebagai Pendakwaraya Persekutuan AS, wakil bagi daerah Timur New York. Lynch bersama dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai bank dan kakitangan lain berdepan tuduhan penggubahan wang haram lebih AS$200 juta melalui bank berkenaan.

Kakitangan didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan. Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC secara haram menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Myanmar. Lynch terlibat skandal dengan membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC bernilai AS$1.92 bilion pada Disember 2012.

Bukan itu sahaja, DOJ sudah tidak ada kredibiliti di AS, Presiden AS Donald Trump sendiri tidak ada keyakinan ke atas DOJ. Pada 8 Julai tahun lepas, Trump bertemu dengan Presiden Russia Vladimir Putin ketika Sidang G20 di Hamburg, Jerman.

Putin jelaskan kepada Trump dalam pertemuan itu bahawa kerajaan Rusia tidak campur tangan dalam kempen pilihan raya antara Hillary Clinton dan Trump pada tahun 2016. Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov kata, Trump memberitahu Putin bahawa beliau juga tahu berkaitan tuduhan itu tapi tidak ada satu bukti pun dikemukakan untuk buktikan campur tangan Rusia itu.

Trump kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak percaya pada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ. Jika Presiden AS tidak yakin dengan agensi berkenaan, sudah tentu ada yang tidak kena dengan organisasi itu. Peguam negara mereka pun ada masalah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengingatkan awal-awal bahawa #TsunamiPHitnah akan melanda sempena PRU14 kali ini.

Beliau melahirkan kebimbangan apabila ancaman fitnah mula melanda musim pilihan raya dengan semua parti sedang ghairah berkempen untuk menumbangkan lawan masing-masing.

Semua platform yang sudah dikuasai oleh Mahathir akan berterusan mengeluarkan perkara fitnah memburukkan BN supaya rakyat akan memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) dan bukannya BN.

Malam ini Mahathir dijangka berdrama simpati lagi. Satu drama airmata dijangka dibuat malam ini. Rafidah akan ulangi aksi yang sama untuk menghentikan tangisan Mahathir malam ini.

Tangisan dan mungkin drama kesakitan malam ini, Mahathir akan buat apa sahaja kerana kuasa dan undi. Sarawak Report pada 30 Julai 2015 pernah mengeluarkan waran tangkap palsu pada Datuk Seri Najib. Surat palsu itu dikeluarkan selepas maghrib pada hari itu

Taktik yang sama dijangka dibuat lagi. Mahathir dan pembangkang sudah bayar USD$5 juta kepada semua media asing ini menerusi Clinton Foundation. Rakyat Malaysia kena tolak #TsunamiPHitnah ini.

Jangan biar tangan tangan asing menukar kerajaan Malaysia mengikut acuan mereka. Kita kekalkan kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Jangan salah undi walau apapun yang dilakukan oleh #HarapanFitnah pada malam ini. Rakyat harus mengundi Barisan Nasional (BN), untuk #HebatkanNegaraku dan #DahulukanRakyat.



-------------
Rujukan:

---------------
Bersama #KamiGengNajibRazak untuk #KekalNajib, #KekalBN & #RespectMyPM

**********
#JomBN #BangkitlahNegaraKu bersama #BarisanNasional #HebatkanNegaraKu #UndiBN #PRU14 #GE14

#ManifestoBN #BR1M #BetterNation #MelayuBersatu

Tulisan :
Beruang Biru
BB907, Selasa
8 Mei 2018

Author:

Facebook Comment