#PRU14: Bukan Islam Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, May 10, 2018

#PRU14: Bukan Islam Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia

WALAUPUN bersungguh-sungguh benar pemimpin dan penyokong Islam dalam Pakatan Harapan (PH) menafikannya sebelum ini, ternyatalah bahawa keputusan PRU14 yang baru berlalu menyaksikan buat pertama kalinya kerajaan yang didominasi oleh golongan bukan Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia walaupun penduduk Islam adalah majoriti di negara ini.

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR dan berdasarkan perkembangan semasa yang menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Solidariti di P.180 – Keningau, iaitu Jeffrey Kitingan, akan bergabung dengan PH maka bilangan kerusi Parlimen bukan Islam di dalam kerajaan baru ini adalah:

66 Ahli Parlimen Bukan Islam, dan
58 Ahli Parlimen Islam.


Lihat video doa yang telah dipenuhi oleh rakyat Malaysia:
https://youtu.be/SQlWBTVg5KE


Lihat video Sembahyang sunat khas jatuhnya kerajaan UMNO Malaysia oleh delegasi dibawa khas dari US:
https://youtu.be/-PiTHi57tqM


66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

● 41 kerusi Parlimen bukan Islam milik DAP
● 20 kerusi Parlimen bukan Islam milik PKR
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Warisan
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Bebas
● 1 kerusi Parlimen bukan Islam milik Solidariti

66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

KEDAH: 2 (PKR 2)

P.009 – ALOR SETAR: Chan Ming Kai (PKR)
P.017 – PADANG SERAI: Karupaiya Mutusami (PKR)

PULAU PINANG: 8 (DAP 7, PKR 1)

P.043 – BAGAN: Lim Guan Eng (DAP)
P.045 – BUKIT MERTAJAM: Sim Chee Keong (DAP)
P.046 – BATU KAWAN: Kasthuriraani A/P Patto (DAP)
P.048 – BUKIT BENDERA: Wong Hon Wai (DAP)
P.049 – TANJONG: Chow Kon Yeow (DAP)
P.050 – JELUTONG: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
P.051 – BUKIT GELUGOR: Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP)
P.052 – BAYAN BARU: Sim Tze Tzin (PKR)

PERAK: 10 (DAP 7, PKR 3)

P.060 – TAIPING: Teh Kok Lim (DAP)
P.062 – SUNGAI SIPUT: Kesavan Subramaniam (PKR)
P.064 – IPOH TIMOR: Wong Kah Woh (DAP)
P.065 – IPOH BARAT: M.Kulasegaran V.Murugeson (DAP)
P.066 – BATU GAJAH: Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP)
P.068 – BERUAS: Ngeh Koo Ham (DAP)
P.070 – KAMPAR: Su Keong Siong (DAP)
P.071 – GOPENG: Lee Boon Chye (PKR)
P.076 – TELUK INTAN: Nga Kor Ming (DAP)
P.077 – TANJONG MALIM: Chang Lih Kang (PKR)

PAHANG: 1 (DAP 1)

P.089 – BENTONG: Wong Tack (DAP)

SELANGOR: 9 (PKR 5, DAP 4)

P.094 – HULU SELANGOR: Leow Hsiad Hui (PKR)
P.097 – SELAYANG: William Leong Jee Keen (PKR)
P.102 – BANGI: Ong Kian Ming (DAP)
P.103 – PUCHONG: Gobind Singh Deo (DAP)
P.104 – SUBANG: Wong Chen (PKR)
P.106 – DAMANSARA: Pua Kiam Wee (DAP)
P.107 – SUNGAI BULOH: Sivarasa K.Rasiah (PKR)
P.110 – KLANG: Charles Anthony R.Santiago (DAP)
P.112 – KUALA LANGAT: Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 7 (DAP 5, PKR 1, Bebas 1)

P.114 – KEPONG: Lim Lip Eng (DAP)
P.115 – BATU: Prabakaran M Parameswaran (Bebas – Kunci)

P.116 – WANGSA MAJU: Dr.Tan Yee Kew (PKR)
P.117 – SEGAMBUT: Yeoh Tseow Suan (DAP)
P.120 – BUKIT BINTANG: Fong Kui Lun (DAP)
P.122 – SEPUTEH: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P.123 – CHERAS: Tan Kok Wai (DAP)

NEGERI SEMBILAN: 2 (DAP 2)

P.128 – SEREMBAN: Loke Siew Fook (DAP)
P.130 – RASAH: Cha Kee Chin (DAP)

MELAKA: 1 (DAP 1)

P.138 – KOTA MELAKA: Khoo Poay Tiong (DAP)

JOHOR: 7 (PKR 2, DAP 5)

P.140 – SEGAMAT: Santhara Kumar Ramanaidu (PKR)
P.142 – LABIS: Pang Hok Liong (DAP)
P.145 – BAKRI: Yeo Bee Yin (DAP)
P.152 – KLUANG: Wong Shu Qi (DAP)
P.158 – TEBRAU: Choong Shiau Yoon (PKR)
P.162 – ISKANDAR PUTERI: Lim Kit Siang (DAP)
P.163 – KULAI: Teo Nie Ching (DAP)

SABAH: 7 (DAP 3, Warisan 2, PKR 2, Solidariti 1)

P.172 – KOTA KINABALU: Chan Foong Hin (DAP)
P.174 – PENAMPANG: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)
P.179 – RANAU: Jonathan Bin Yasin (PKR)
P.180 – KENINGAU: Jeffrey Kitingan (Solidariti)
P.181 – TENOM: Noorita Binti Sual (DAP)
P.185 – BATU SAPI: Liew Vui Keong (Warisan)
P.186 – SANDAKAN: Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP)
P.190 – TAWAU: Christina Liew Chin Jin (PKR)

SARAWAK: 11 (DAP 6, PKR 4, Bebas 1)

P.192 – MAS GADING: Mordi Anak Bimol (DAP)
P.195 – BANDAR KUCHING: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
P.196 – STAMPIN: Chong Chieng Jen (DAP)
P.198 – PUNCAK BORNEO : Willie Anak Mongin (PKR)
P.205 – SARATOK: Ali Anak Biju (PKR)
P.208 – SARIKEI: Wong Ling Biu (DAP)
P.209 – JULAU: Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas – Kerusi)
P.211 – LANANG: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P.212 – SIBU: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P.214 – SELANGAU: Baru Bian (PKR)
P.219 – MIRI: Michael Teo Yu Keng (PKR)

58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

● 27 kerusi Parlimen Islam milik PKR
● 13 kerusi Parlimen Islam milik PPBM
● 11 kerusi Parlimen Islam milik PAN
● 6 kerusi Parlimen Islam milik Warisan
● 1 kerusi Parlimen Islam milik DAP

58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

PERLIS: 1 (PKR 1)

P.002 – KANGAR: Noor Amin Bin Ahmad (PKR)

KEDAH: 8 (PKR 4, PPBM 3, PAN 1)

P.004 – LANGKAWI: Mahathir Mohamad (PPBM)
P.005 – JERLUN: Mukhriz Mahathir (PPBM)
P.006 – KUBANG PASU: Amiruddin Hamzah (PPBM)
P.008 – POKOK SENA: Mahfuz Omar (PAN)
P.010 – KUALA KEDAH: Azman Ismail (PKR)
P.014 – MERBOK: Nor Azrina Surip (PKR)
P.015 – SUNGAI PETANI: Johari Abdul (PKR)
P.018 – KULIM - BANDAR BAHARU: Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

PULAU PINANG: 3 (PKR 3)

P.044 – PERMATANG PAUH: Nurul Izzah Anwar (PKR)
P.047 – NIBONG TEBAL: Mansor Othman (PKR)
P.053 – BALIK PULAU: Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)

PERAK: 3 (PAN 2, PPBM 1)

P.057 – PARIT BUNTAR: Mujahid Yusof (PAN)
P.063 – TAMBUN: Ahmad Faizal Azumu (PPBM)
P.074 – LUMUT: Mohd Hatta Md Ramli (PAN)

PAHANG: 4 (PKR 2, DAP 1, PAN 1)

P.080 – RAUB: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
P.082 – INDERA MAHKOTA: Saifuddin Abdullah (PKR)
P.083 – KUANTAN: Fuziah Salleh (PKR)
P.088 – TEMERLOH: Mohd. Anuar Mohd Tahir (PAN)

SELANGOR: 11 (PKR 5, PAN 5, PPBM 1)

P.093 – SUNGAI BESAR: Muslimin Yahaya (PPBM)
P.096 – KUALA SELANGOR: Dzulkefly Ahmad (PAN)
P.098 – GOMBAK: Mohamed Azmin Bin Ali (PKR)
P.099 – AMPANG: Zuraida Kamaruddin (PKR)
P.100 – PANDAN: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
P.101 – HULU LANGAT: Hasanuddin Mohd Yunus (PAN)
P.105 – PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah (PKR)
P.108 – SHAH ALAM: Khalid Abd Samad (PAN)
P.109 – KAPAR: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
P.111 – KOTA RAJA: Mohamad Sabu (PAN)
P.113 – SEPANG: Mohamed Hanipa Maidin (PAN)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 4 (PKR 3, PPBM 1)

P.118 – SETIAWANGSA: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
P.119 – TITIWANGSA: Rina Mohd Harun (PPBM)
P.121 – LEMBAH PANTAI: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)
P.124 – BANDAR TUN RAZAK: Kamarudin Jaffar (PKR)

NEGERI SEMBILAN: 3 (PKR 1, PPBM 1, PAN 1)

P.129 – KUALA PILAH: Eddin Syazlee Shith (PPBM)
P.132 – PORT DICKSON: Danyal Balagopal Abdullah (PKR)
P.133 – TAMPIN: Hasan Bahrom (PAN)

MELAKA: 3 (PKR 2, PPBM 1)

P.135 – ALOR GAJAH: Mohd Redzuan Md Yusof (PPBM)
P.136 – TANGGA BATU: Rusnah Aluai (PKR)
P.137 – HANG TUAH JAYA: Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PKR)

JOHOR: 11 (PPBM 5, PKR 5, PAN 1)

P.141 – SEKIJANG: Natrah Ismail (PKR)
P.143 – PAGOH: Mahiaddin Md Yasin (PPBM)
P.144 – LEDANG: Syed Ibrahim Syed Nor (PKR)
P.146 – MUAR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM)
P.149 – SRI GADING: Sharuddin Md Salleh (PPBM)
P.150 – BATU PAHAT: Mohd Rashid Hasnon (PKR)
P.151 – SIMPANG RENGGAM: Maszlee Malik (PPBM)
P.159 – PASIR GUDANG: Hassan Abdul Karim (PKR)
P.160 – JOHOR BAHRU: Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR)

P.161 – PULAI: Salahuddin Ayub (PAN)
P.165 – TANJUNG PIAI: Md Farid Md Rafik (PPBM)

SABAH: 7 (Warisan 6, PKR 1)

P.169 – KOTA BELUD: Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Warisan)
P.171 – SEPANGGAR: Mohd Azis Jamman (Warisan)
P.173 – PUTATAN: Awang Husaini Sahari (PKR)
P.175 – PAPAR: Ahmad Hassan (Warisan)
P.188 – SILAM: Mohamaddin Ketapi (Warisan)
P.189 – SEMPORNA: Mohd Shafie Apdal (Warisan)
P.191 – KALABAKAN: Ma'mun Sulaiman (Warisan)

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kebijaksanaan Perdana Menteri kerajaan baru ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti yang beliau ketuai, PPBM, hanya memenangi 13 kerusi daripada 124 kerusi yang dimenangi oleh gabungan PKR, DAP, PPBM, PAN, Warisan, Bebas dan Solidariti, di dalam mengemudi tanah air kita selepas ini.

Dan semoga keputusan PRU14 ini akan mengukuhkan lagi tekad umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka selaras dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan Islam sebagai “agama bagi Persekutuan” dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada tiap-tiap orang untuk “menganuti dan mengamalkan agamanya”.

Nota: Sehingga kini masih belum dapat dipastikan dengan jelas hala tuju Ahli Parlimen Bebas (Kunci) yang menang di kerusi P.203 – Lubok Antu, iaitu Jugah AK Muyang.



Baca juga:
-----------------------
#PRU14: Perjanjian antara PH dan PPBM: Kesannya Terhadap kedudukan agama Islam

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai…..”

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai….”

Perhatikan bahawa perkataan “bebas” telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.

08 05 2018

Tun Abdul Hamid Omar
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

No comments:

Post a Comment