#PRU14 : BN tidak import penyokong untuk tunjuk kekuatan - Najib - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, May 5, 2018

#PRU14 : BN tidak import penyokong untuk tunjuk kekuatan - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak gabungan pembangkang PKR kerana  terpaksa ‘mengimport’ orang luar pada ceramah mereka semata-mata untuk menunjukkan sokongan rakyat.


Menurut Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) tidak perlu melakukan taktik sedemikian kerana mempunyai penyokong tulen iaitu penduduk tempatan yang setia dengan perjuangan parti itu.


Beliau mengambil contoh ketika ceramah gabungan pembangkang PKR yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini yang mana dilaporkan sebahagian besarnya dibawa dari luar dan bukan penjawat awam.


“Mereka bawa orang luar dengan bas dan kemudian mendakwa mendapat sambutan ramai.


“Tetapi kita di sini (Kepala Batas), saya tidak nampak ada bas pun, tapi lihatlah sambutan yang kita terima, ramai yang hadir hari ini adalah penyokong sebenar kita (BN) ,” katanya.


Beliau berucap dalam majlis bersama rakyat kawasan Parlimen Kepala Batas di Kampung Pasir Gebu, Penaga di sini hari ini yang dihadiri kesemua calon Parlimen itu termasuk Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Menurut Najib, sokongan ramai yang diterima daripada penduduk tempatan pada setiap siri ceramah calon BN juga menafikan dakwaan gabungan pembangkang PKR kononnya ceramah BN tidak mendapat sambutan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment