#PRU14 : 119,397 termasuk pesara polis terlibat pengundian awal esok


KUALA LUMPUR 3 Mei - Sebanyak 111,702 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5,660 orang akan membu-ang undi di Bukit Aman.

Menurutnya, 106,042 orang lagi akan mengundi di ibu pejabat polis kontinjen dan daerah di seluruh negara.

“Selain mereka, dijangka 7,695 orang melibatkan pesara yang mana nama mereka masih berdaftar di tempat mereka bertugas walaupun telah bersara akan mengundi.

“Ini termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan mengundi awal di Bukit Aman esok,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment