Perdana Menteri pegang jawatan lain, Jangan jadi MUNAFIK - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, May 17, 2018

Perdana Menteri pegang jawatan lain, Jangan jadi MUNAFIK

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik dirinya memegang jawatan lain selain Perdana Menteri mendapat kritikan kerana ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Antaranya Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang di Twitter yang mengingatkan Dr Mahathir mengenai janji PH ketika berkempen pada PRU Ke 14 baru-baru ini .

“Hai Tun M. Saya fikir janji Pakatan Harapan adalah PM tidak akan memegang peranan di kementerian lain. Ini termasuk kementerian pelajaran.

“Saya hanya mahu memastikan Tun M tidak membuat kesilapan. Mungkin terlepas pandang. Masih boleh berpatah balik sekarang sebelum angkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin,” tulis Keng Liang di Twitter.

Mahathir hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio menteri pelajaran dalam Kabinet baru beliau.

Manakala timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan diberikan portfolio menteri hal wanita dan kebajikan masyarakat.

Mahathir memutuskan untuk mengambil portfolio pendidikan kerana berpendapat masih “ramai individu tidak berpendidikan di negara ini” dan memerlukan perhatian.

Mahathir aalah bekas menteri pendidikan antara tahun 1974 dan 1977, percaya kaedah pengajaran semasa sudah ketinggalan zaman.

Sekiranya Mahathir mengangkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin depan, ia akan menjadi pelanggaran janji HARAPAN yang pertama.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA, Ng Chok Sian, turut menggesa kerajaan PH untuk menunaikan janji-janjinya.

Beliau berkata Dr Mahathir mesti menarik balik keputusannya untuk juga memegang portfolio menteri pelajaran.

“Saya juga mendesak kerajaan HARAPAN untuk mendedahkan barisan kabinet penuhnya agar mereka dapat melaksanakan reformasi yang dijanjikan para pengundi.

“Kamu tidak boleh melambatkan perkara ini … kerana ia akan memberi kesan bahawa agenda reformasi hanya akan datang daripada perdana menteri dan lima individu dalam majlis penasihat.

“Ini bertentangan dengan sistem tanggungjawab bersama kabinet,” kata Chok Sian dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata mereka akan membawa perkara itu kepada Mahathir.

“Jika dalam manifesto menyebut seperti itu, kami akan ingatkan Mahathir mengenai perkara ini,” kata Ahli Parlimen Pulai berkenaan.

Setakat ini lima jawatan kabinet telah diisi oleh Mahathir, manakala lapan lagi akan diisi kemudian.

Mahathir berkata lapan portfolio yang tinggal akan diisi oleh dua wakil dari BERSATU, DAP, PKR, dan PAN.



No comments:

Post a Comment