Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari - Randau Sarawak

Breaking

Monday, May 7, 2018

Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari

Sistem jalan raya dan pembangunan adalah antara fokus yang diutamakan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Ketua Menterinya, Datuk Johari Tun Openg berkata tempoh pelaksanaan melibatkan jalan raya terutamanya di kawasan luar bandar biasanya mengambil masa lebih tiga tahun untuk disiapkan.

"Mungkin lebih tiga tahun, buat jalan bukannya cepat. Ia mengambil masa, dengan jambatan lagi? Perlu ada perancangan dan peruntukan... sudah diagih ke luar bandar," katanya pada sesi bersama 30 media Sarawak di DUN lama, Petra Jaya, Kuching.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) berkata, kerajaan negeri turut mengambil kira keselesaan untuk warga kota dan luar bandar.

"Bermakna, kita naik taraf... kita buat LRT untuk orang bandar, kita buat jalan darat di pedalaman, dua dua kita buat (sama rata)," jelasnya.

Tambah beliau, pembinaan jalan di Sarawak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment