Najib ceria tiba di ibu pejabat SPRM - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, May 22, 2018

Najib ceria tiba di ibu pejabat SPRM


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9.43 pagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau menaiki Toyota Vellfire putih turut diiringi dua kenderaan dan disambut penyokongnya di luar pintu masuk ibu pejabat SPRM.

NAJIB melemparkan senyuman kepada penyokong dan wakil media di pekarangan ibu pejabat SPRM Putrajaya. FPTP Mohd Fadli Hamzah

Sebelum itu, beliau meninggalkan kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur pada 9.21 pagi susulan notis arahan memintanya hadir untuk siasatan kes membabitkan SRC International.

Beliau menaiki Toyota Vellfire berwarna putih dan diiringi tiga kenderaan lain dipercayai peguamnya selain turut dua polis bermotosikal berkuasa tinggi.

No comments:

Post a Comment