Menteri Pendidikan tidak faham AUKU - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, May 22, 2018

Menteri Pendidikan tidak faham AUKU

Menteri Pendidikan, Duduklah dulu Sebelum Berlunjur

1. Pengumuman Pertama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ialah untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)1971.

2. Apakah AUKU? Ia adalah suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbirkan Universiti dan Kolej Universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.

3. Jika AUKU dimansuhkan maka universiti akan jadi institusi yang tidak dikawal oleh undang-undang.

4. Esok sesiapa saja bebas buka universiti dan bagi ijazah kerana tiada lagi akta yang mengawal penubuhan dan cara pengoperasiannya.

5. Saya percaya Menteri ini tidak pernah baca AUKU sepenuhnya. Menteri sepatutnya mencadangkan pindaan bukan memansuhkan.

6. Yang sepatutnya melakukan pindaan terhadap pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C. Pindaan dibuat bagi membendung gerakan mahasiswa yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ketika itu.

7. Kali terakhir pindaan dibuat terhadap Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti adalah pada tahun 2012 yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.

8. Lain kali duduk dulu baru berlunjur. Lepas angkat sumpah dengar dulu taklimat pegawai kerajaan baru buat cadangan.



Sumber:

Rujukan:
"AUKU dan sejarah cengkaman Mahathir"

No comments:

Post a Comment