Jom buat laporan polis terhadap DS Shukri Abdull demi memastikan keadilan ditegakkan - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, May 23, 2018

Jom buat laporan polis terhadap DS Shukri Abdull demi memastikan keadilan ditegakkan

Contoh laporan polis untuk kita gunakan bersama

------

Pada 22/5/2018 jam lebih kurang 11.00 pagi, saya telah menonton siaran media oleh Ketua Pengarah SPRM Malaysia, Datuk Mohd Shukri Abdull melalui siaran Astro Awani.

Melalui intipati sidang media tersebut, saya datang ke balai untuk membuat laporan polis agar siasatan terhadap KP SPRM bagi kesalahan berikut :

1) Datuk Mohd Shukri Abdull telah menyatakan bahawa beliau telah didatangi “individu” untuk menawarkan rasuah, tetapi Datuk Mohd Shukri Abdull tidak membuat laporan atau mengambil tindakan terhadap pelaku yang mana ianya jelas merupakan kesalahan kerana melindungi orang salah.

2) Dalam sidang media tersebut juga, Datuk Mohd Shukri Abdull telah memaklumkan kepada umum bahawa sejak beliau bersara dari SPRM yang lepas, beliau telah menjual maklumat rahsia kerajaan kepada ribuan orang melalui perjumpaan dan WhatsApp. Siasatan perlu dijalankan untuk keselamatan Negara.

3) Dalam sidang media tersebut juga Datuk Mohd Shukri Abdull memaklumkan bahawa beliau telah menerkma ugutan bunuh dengan pelbagai cara, ada melalui WhatsApp. Laporan dibuat agar siasatan jenayah dilakukan untuk memastikan kesahihan maklumat sidang media, atau adakah ianya maklumat palsu. Jika ada WhatsApp, sewajarnya beliau memberikan bukti dengan mendedahkan maklumat pihak yang mengugut.

Maka saya datang membuat laporan untuk polis jalankan siasatan di bawah Kanun Keseksaan berkaitan menjual maklumat rahsia kerajaan, melindungi pesalah rasuah dan mengeluarkan tuduhan palsu.

Sekian, laporan saya.




#RuleOfLawRimba

No comments:

Post a Comment