Hutang negara RM1 trilion? Pala otak dia!


KEPADA Semua ahli Kementerian Kewangan (MOF) dan yang penting ORANG-ORANG PAKATAN HARAPAN yang ada dalam MOF. Diharapkan SILA TUNJUKKAN DIRI ANDA DAN KOMEN.

Siapa ada tengok berita tv1 tv2 tv3 semalam. Video Mahathir bercakap tentang hutang negara sudah RM1 trilion dibuat oleh kerajaan sebelumnya.

Betul ke hutang negara sampai RM1 trilion?

Dalam penyata dari bank negara secara rasmi hanya rm6++ bilion sahaja. Dan hutang terkumpul tersebut bermula dari pemerintahan PM 1 , PM 2 , PM 3 , PM 4 , PM 5 , PM 6.. Dan Malaysia mempunyai rizab aset di Bank Negara lebih kurang RM4++ Billion. Bermaksud Malaysia hanya ada hutang tidak terjamin lebih kurang RM2++ Billion sahaja.

Politik politik juga.

Kenyataan kena lah betul, kenyataan macam ini boleh menganggu pasaran saham dan pelabur yang hendak melabur ke dalam Malaysia.
Tolong lah Mahathir jangan keluar semua kenyataan berdasarkan politik.. Kacau bilau ekonomi dan pasaran saham nanti..

Yang mana nak tahu hutang Negara Malaysia tak perlu tunggu Menteri bagi details. Kamu ada akses boleh lihat dokumen terbuka. Lihat lah.

Links...

Link berita.


kalau ikut penyataan,

1. Total Fed Govt Debt - RM686.8 Billion.

Ini terbahagi pada 2:

1A. Domestic debt - 484.1 Billion
1B. External debt - 202.8 Billion

1 = 1A + 1B.
RM686.8 Billion = RM484.1 Billion + 202.8 Billion

National Debt atau Hutang Negara yang termasuk hutang individu dan syarikat yang tanggungjawabnya bukan di bahu kerajaan. Ini national debt bukan Federal Government debt.

Lihat ini termasuk:
- interbank borrowings
- intercompany loans
- loans

Adalah tidak benar hutang kerajaan mencecah RM1 TRILLION. Ini kerana mengikut laporan BNM, berakhir 31 Disember 2017 hutang kerajaan sekitar RM686 billion, hanya 50.8% daripada KDNK iaitu paras selamat statutori yg ditetapkan.

Paling hampir RM1 TRILLION ialah hutang luar (external debt) iaitu sekitar RM893 billion, tu pun hutang termasuk bukan kerajaan seperti hutang offshore, pelaburan dalam hutang berdenominasi ringgit oleh bukan warganegara, deposit/simpanan, kredit perdagangan, tuntutan insurans belum bayar, dan faedah kena bayar; oleh pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu warganegara Malaysia kepada pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu BUKAN warganegara Malaysia.

Maksudnya total keseluruhan hutang seluruh negara oleh warganegara Malaysia iaitu termasuk kerajaan dan swasta kepada pelabur/peminjam bukan warganegara.

Takkanlah hendak salahkan kerajaan untuk urusan kewangan korporat pihak swasta, yang mereka sendiri mempunyai aliran pendapatan, aset, rizab tunai sendiri dan mampu untuk selesaikan pinjaman/tuntutan/bayaran kepada korporat/pelabur luar, masing-masing.

Dan jika Mahathir nak bandingkan hutang zamannya iaitu RM300 billion adalah sangat tidak logik kerana saiz ekonomi zamannya juga kecil. KDNK 2003 hanyalah US$110.2 billion, dengan tukaran RM3.80, hanya sekitar RM418 billion.

Jadi, kalau mengikut perbandingan walaupun hutang kerajaan RM686 billion, akan tetapi, KDNK kini sudah bersaiz RM1.3 TRILLION. Secara automatiknya mengkerdilkan KDNK zaman Mahathir yang hanya bernilai RM418 billion.



Rujukan

[1] Perbendaharaan Negara

[2] Bank Negara Malaysia Q4 2017

[3] Bank Negara Malaysia Latest 2018


Author:

Facebook Comment