Belum ada kes untuk dakwa Najib

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pihak pendakwa raya mampu mewujudkan kes yang kukuh untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bercakap melalui sidang video kepada mesyuarat majlis CEO Wall Street Journal di Tokyo, Dr. Mahathir di petik oleh The Straits Times Singapura sebagai berkata: “Kami kini semakin menghampiri kepada punca perkara ini dan ramai pegawai-pegawai kanan kami secara sukarela memberikan maklumat yang sudah tentu disertakan dengan dokumen.”

“Kami fikir dalam tempoh tidak berapa lama lagi akan ada kes terhadap beliau, yang akan membolehkan kami mendakwa beliau.”

Dr. Mahathir menambah beliau berhadapan masalah untuk `cuba mempercayai orang untuk menyiasat Najib’.

Ditanya sama beliau sedia untuk berunding bagi melepaskan Najib jika bekas perdana menteri itu menawarkan maklumat yang boleh menemukan semula dakwaan kerugiaan 1MDB bernilai AS$4.5 bilion (RM18.19 bilion), Dr. Mahathir berkata: “Tidak ada.”

Pada Sabtu lalu Dr. Mahathir telah mengeluarkan arahan Najib dan keluarga tidak boleh meninggalkan negara ini selepas tersebar khabar angin bahawa beliau akan bercuti ke Jakarta.


Facebook Comment