Anggota polis maut selepas dirempuh kereta di Serian


Terbabas masuk ke laluan bertentangan menjadi perkara terakhir dilakukan oleh seorang anggota polis petang semalam, sebelum motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Gedong-Serian semalam.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden sekitar jam 4.20 petang itu menyebabkan mangsa, Angat Dusi, 59 tahun, parah di kepala serta patah kaki kanan.

“Mangsa yang bertugas di Cawangan Akademik, Pusat Latihan Polis di Puncak Borneo kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya difahamkan bahawa mangsa yang menunggang Yamaha Lagenda sedang dalam perjalanan ke arah Gedong dari arah Serian sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga, berhampiran Kampung Triboh.

“Kematian mangsa disahkan petugas paramedik yang tiba kemudian.

Mayat mangsa kata Alexson lagi, telah dibawa ke Hospital Serian untuk proses bedah siasat, sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987




Facebook Comment