Wan Azizah jumpa KWSP penuhi janji ambil 2% gaji suami untuk suri rumah - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, May 24, 2018

Wan Azizah jumpa KWSP penuhi janji ambil 2% gaji suami untuk suri rumah


PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyediakan pelan tindakan memberi caruman KWSP kepada suri rumah, salah satu janji Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Timbalan perdana menteri yang juga merangkap menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu ia bagi merealisasikan manifesto PH untuk caruman KWSP kepada suri rumah, di mana 2% diambil daripada gaji suami.

“Saya akan bertemu CEO KWSP bagi membincangkan mekanisme siapa yang layak, bagaimana 2% daripada gaji suami diambil untuk isteri akan dikaji secara mendalam, sebab ia melibatkan dana kerajaan RM50 pada sesiapa layak menerima,” katanya.

Wan Azizah tiba di kementeriannya untuk mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pertama. Turut hadir pada majlis hari ini ialah bekas menteri Datuk Seri Rohani Abd Karim.

Sementara itu, Wan Azizah berkata semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen di pihak kerajaan akan diwajibkan mengisytihar harta mereka bagi menunaikan sebahagian janji PH.

Katanya, pelaksanaan ke arah itu akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

“Ini sebahagian daripada pengurusan kita,” katanya.

Wan Azizah turut mengumumkan pasukan petugas khas mengenai masalah pertumbuhan terbantut kanak-kanak, susulan laporan kajian Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) yang menunjukkan keluarga miskin di bandar raya Kuala Lumpur mengalami masalah terbantut dan obesiti.

“Kita lihat yang obesiti juga kerana makan makanan tidak sihat. Kita perlu lakukan kajian secara menyeluruh melibatkan pakar ekonomi, pemakanan dan pendidikan.”

No comments:

Post a Comment