Video : Hishammuddin Jawab Tuduhan Rafidah Aziz



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjawab secara langsung tiga dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz dalam surat terbuka kepada perdana menteri semalam termasuk satu dakwaan yang mengaitkan nama beliau.

Hishammuddin yang ditanya tentang dakwaan-dakwaan Rafidah yang disiarkan di laman sosial Facebooknya membuat rumusan bahawa ketiga-tiga perkara yang diperkatakan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai pembohongan yang nyata.

Beliau mengulas satu persatu tuduhan Rafidah yang disifatkan bukan sahaja tidak tepat malah amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, tuduhan bahawa sebuah syarikat milik tiga individu yang kini memiliki setiap inci tanah MINDEF dan ATM di Malaysia adalah tidak benar dan merupakan satu pembohongan yang nyata.
Malah, katanya, dakwaan Rafidah bahawa syarikat tersebut membuat semua keputusan mengenai tanah MINDEF juga adalah tidak benar sanma sekali.

Mengenai satu lagi tuduhan, kata Hishammuddin, dakwaan Rafidah beliau mahu menjadikan tanah MINDEF untuk projek pertanian komersial berskala besar melibatkan tanah yang dimiliki oleh syarikat tiga individu tersebut juga tidak benar.

“Ini hanyalah perbincangan saya dengan Menteri Pertanian Datuk Seri Shabery Cheek dua atau tiiga tahun lepas dan ia adalah mengenai ‘food security’. Tiada apa yang terjadi selepas itu,” katanya.

“Sebagai sebahagian daripada Ahli Kabinet pada waktu itu, Tan Sri Rafidah Aziz sangat tidak bertanggungjawab!” kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata beliau tidak tahu mengapa Rafidah yang juga bekas Ketua Pergerakan Wakita UMNO selain merupakan antara menteri paling lama dalam Kabinet membuat kenyataan berbohong.

Katanya, sebagai seorang bekas menteri Kabinet tuduhan-tuduhan Rafidah itu adalah sangat tidak bertanggungjawab apatah lagi beliau pernah menjadi sebahagan daripada pembuat keputusan tetapi sekarang melemparkan tuduhan dan penipuan ke atas tiga isu ini.

“Jangan kaburi dengan benda-benda lain terhadap tiga isu yang menyentuh MINDEF ini. Saya tengok tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab langsung.

“Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta LTAT untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada Kabinet untuk melihat pertuduhan beliau.

“Kita akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan ini,” katanya. 

3 perkara utama yang boleh saya boleh menjawab jawapan secara langsung terhadap dakwaan TS Rafidah Aziz seperti berikut :-

1. Tuduhan TS Rafidah Aziz bahawa sebuah syarikat milik 3 individu yang kini memiliki setiap inci tanah MINDEF / Tentera di Malaysia adalah tidak benar dan merupakan satu pembohongan yang nyata.

2. Dakwaan beliau bahawa syarikat ini didakwa membuat semua keputusan mengenai tanah MINDEF / Tentera juga adalah tidak benar.

3. Tuduhan bahawa projek pertanian komersial berskala besar melibatkan tanah yang dimiliki oleh syarikat 3 individu ini juga tidak benar. Ini hanyalah perbincangan saya dengan Menteri Pertanian DS Shabery Cheek 2 tahun lepas mengenai ‘Food Security’.

Sebagai sebahagian daripada Ahli Kabinet pada waktu itu, TS Rafidah Aziz sangat tidak bertanggungjawab!!!!


Facebook Comment