Tular Joseph Entulu sertai PKR adalah dongeng! - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, April 26, 2018

Tular Joseph Entulu sertai PKR adalah dongeng!


KUCHING: Tular yang mengatakan Datuk Seri Joseph Entulu Belaun menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas dipecat Parti Rakyat Sarawak (PRS) ternyata palsu.

Perkara ini diakui sendiri jurucakap Entulu, yang menyifatkan ia tindakan daripada ‘musuh politik’ yang tidak bertanggungjawab.

“Bermacam-macam spekulasi dilaungkan selepas gambar tersebut tular dengan kehadiran YB Baru Bian.

Sebenarnya katanya, gambar tersebut dirakam semasa Datuk Joseph Entulu dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Pemansang Agenda Dayak yang dianjurkan di Hotel Pullman, Miri tahun lepas.

“Forum tersebut anjuran beberapa persatuan NGO Dayak dan kali ini, Persatuan Pemansang Dayak telah menjadi penganjur utama.

“Saudara Baba Emperan merupakan Pengerusi kepada Persatuan Pemansang Dayak dan YB Baru Bian pula merupakan salah seorang ahli panel.

Forum ini katanya lagi, merupakan platform kepada beberapa NGO Dayak untuk berkongsi maklumat dan saling bertukar pandangan mengenai polisi kerajaan dan keberkesanannya kepada komuniti Dayak, khususnya, membincangkan masalah yang dihadapi oleh komuniti Dayak pada era globalisasi.

Kata jurucakap itu lagi, ramai wakil rakyat Dayak turut dijemput tetapi hanya Datuk Joseph Entulu yang berani tampil ke depan.

“Kita ketepikan ideologi politik dalam mencari jalan untuk membantu dan memperbaiki taraf hidup komuniti Dayak,” katanya pada waktu itu.

Ternyata, foto yang tular itu adalah benar, tetapi dengan keterangan yang palsu. –Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment