Skandal tanah Ijok: 2 Jawatankuasa Bertindak Peneroka ditahan SPRM - Randau Sarawak

Breaking

Friday, April 6, 2018

Skandal tanah Ijok: 2 Jawatankuasa Bertindak Peneroka ditahan SPRM

Peneroka menerima habuan untuk mengkhianati peneroka lain?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok Selangor hari ini.

Kedua-duanya itu ditahan selepas dipercayai menerima wang rasuah melibatkan Jawatan kuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cheraka.

Kedua-dua individu lelaki berusia 75 dan 66 itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Mereka ditahan semasa tampil ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM dalam kes jualan tanah mukim Ijok.

Dalam kenyataan di sini, SPRM berkata, mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

“Difahamkan, kedua-dua suspek difahamkan telah menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan bagi melakukan perkara tersebut,” kata kenyataan berdasarkan sumber mereka itu.

Sebelum ini, seramai tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar Datuk telah direman bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani telah mengesahkan penahanan dua lelaki itu.

Beliau memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009



------
Rujukan:

No comments:

Post a Comment