Shahir muncul pada hari jadi anak Erra Fazira - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, April 3, 2018

Shahir muncul pada hari jadi anak Erra Fazira


Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya bekas Juara AF8, Shahir.

Penyanyi itu dikatakan sedikit sepi sejak akhir tahun lalu selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk teka-teki hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.

Melalui perkongsian sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram oleh seorang sahabat Erra, yang juga bekas wartawan hiburan, Intan Zabidin, menunjukkan Shahir berada di sebelah penyanyi itu semasa majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang kesembilan.

Turut kelihatan dalam foto berkenaan adalah rakan-rakan rapat Erra.

No comments:

Post a Comment