Sarawak dijangka terus jadi kubu kuat BN pada PRU Ke-14 - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 9, 2018

Sarawak dijangka terus jadi kubu kuat BN pada PRU Ke-14

Sarawak dijangka terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 berdasarkan sokongan kuat rakyat terhadap parti itu selama ini.

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa sama, tidak ada perkara yang boleh mewujudkan percakaran dalam parti yang serius boleh melemahkan BN Sarawak seperti berlaku di negeri-negeri lain.

Katanya, faktor itu merupakan kelebihan yang ada di Sarawak, di samping rakyatnya yang sentiasa bersatu mendokong kerajaan sedia ada.

“Sokongan kuat ini dapat dicapai melalui kepimpinan BN negeri yang sangat baik dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat,” katannya dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem 1 Divisyen Muara Tuang di sini sebentar tadi.

Menjelas lanjut, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyatakan hak yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibincang serta diperhalusi.

Beliau berkata, Putrajaya terbuka untuk berbincang tentang tuntutan itu, tidak seperti pentadbiran terdahulu yang tidak mengambil berat dan memandang mudah terhadap sebarang pelanggaran berkenaan MA63.

“Pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menunjukkan komitmen Perdana Menteri terhadap perkara yang termaktub dalam MA63 kepada negeri Sarawak,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment