PRU14: Tahap Kesihatan Merosot...Layakkah Mahathir Jadi PM?

Sehari selepas diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Langkawi, Tun Mahathir dikhabarkan mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa membatalkan kehadirannya pada satu ceramah di Teluk Intan.

Bukan apa, lazimnya tahap kesihatan manusia pasti sedikit susut seiring dengan pertambahan usia. Apatah lagi Mahathir yang nak mencecah 93 tahun. Rekod kesihatannya sebelum ini menunjukkan bahawa Mahathir dimasukkan ke wad IJN sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu, dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali (2015), 25 kali (2016); enam kali (2017) dan empat kali (2018).

Jadi, sedikit sebanyak ini mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kecergasan calon Perdana Menteri Pakatan itu. Iyalah, selepas ini semua calon PRU14 akan tempuhi jadual yang sangat padat apabila tempoh berkempen. Ini sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Bagaimana nak pimpin negara kalau kesihatan selalu tak mengizinkan?


--------
Rujukan:
#TolakPKR
#TolakLogoPKR
#DosaMahathir
#TolakTunM
#TolakPakatanPRU14

Author:

Facebook Comment