#PRU14 : PBB Gugur Lima Penyandang



Sekurang-kurangnya lima penyandang kerusi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sah digugurkan, atas pelbagai alasan, menurut sumber parti yang boleh dipercayai. Kesemua mereka dikatakan telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dengan pertemuan terakhir berlangsung pagi semalam.

Antara kawasan yang bakal menyaksikan muka baharu termasuklah Parlimen Mukah yang disandang Tan Sri Mohd Leo Michael Toyad; dan Igan yang disandang Datuk Abdul Wahab Dollah.

Turut tidak mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kali ini ialah Datuk Ahmad Lai Bujang di Parlimen Sibuti.

Dua kerusi PBB yang sebelum ini sah diganti calon ialah Parlimen Puncak Borneo, selepas penyandang Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berhadapan masalah kesihatan dan Parlimen Betong, susulan pelantikan penyandangnya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Ketika ini, hanya dua nama baharu yang sah bertanding berdasarkan pergerakan di kawasan iaitu Datuk Hanifah Tun Abdul Taib di Parlimen Mukah dan Robert Lawson Chuat di Parlimen Betong.
Lawson merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

Difahamkan proses melobi di kerusi-kerusi lain masih berlangsung, dengan ada kawasan yang sehingga lapan potensi calon

Facebook Comment