#PRU14 : Lima dipecat termasuk Joseph Entulu dan William Nyalau - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 23, 2018

#PRU14 : Lima dipecat termasuk Joseph Entulu dan William Nyalau


KUCHING 22 April - Jawatankuasa Khas Parti Rakyat Sarawak (PRS) memutuskan pemecatan dua penyandang kerusi Parlimennya iaitu Datuk Joseph Entulu Belaun (Selangau) dan Datuk William Nyalau Badak (Lubok Antu) bersama tiga ahli Majlis Tertinggi berkuat kuasa hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas itu merangkap Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing, pemecatan tersebut berikutan keingkaran mereka terhadap keputusan parti.

“Selain itu, mereka telah mengganggu kesatuan parti ini.

“Kami sebulat suara memecat Joseph Entulu, William Nyalau dan tiga ahli Majlis Tertinggi iaitu Nyempah Sabot, Edwerd Kurik dan Adriana Chumang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar tergempar di Ibu pejabat PRS di sini, malam ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment