#PRU14 :Fadillah bersama dua calon pembangkang tiba untuk proses penamaan kerusi Parlimen Petra Jaya   - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, April 28, 2018

#PRU14 :Fadillah bersama dua calon pembangkang tiba untuk proses penamaan kerusi Parlimen Petra Jaya  


KUCHING 28 April - Tiga calon kerusi Parlimen Petra Jaya tiba di Dewan Al-Muneerah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya di sini, untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pagi ini.

Calon PKR, Datuk Dr. Ir. Nor Irwan Ahmat Nor tiba paling awal iaitu pukul 8.30 pagi diikuti calon PAS, Hamdan Sani pad pukul 8.40 pagi.

Calon BN yang juga penyandang, Datuk Seri Fadillah Yusof memasuki dewan penamaan tepat pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu, Fadillah berkumpul bersama ratusan penyokong di Dewan Pinang Jawa di sini, sebelum diarak ke pusat penamaan.

No comments:

Post a Comment