#PRU14 : Dua pesara guru tentang Nancy di Batang Sadong - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, April 28, 2018

#PRU14 : Dua pesara guru tentang Nancy di Batang Sadong


BATANG SADONG 28 April - Kerusi Parlimen Batang Sadong menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) .

Calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri akan ditentang oleh Asan Singkro daripada Pas dan Othman Mustapha@Mos, daripada PKR, kedua-duanya merupakan anak tempatan dan pesara guru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Batang Sadong, Abdul Khalid Manap mengesahkan pencalonan ketiga-ketiga calon di pusat penamaan calon di Dewan Mesra, di sini sebentar tadi.

Dua calon berkenaan sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya bersama seorang lagi calon Bebas, Awang Rabiee menentang Aidel Lariwoo pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang lalu.

Namun, kedua-dua mereka tewas dengan Asan hanya meraih 458 undi dan Othman 157 undi manakala Awang pula 234 undi.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment