#PRU14 : Calon BN diumum esok hingga Selasa ini - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, April 21, 2018

#PRU14 : Calon BN diumum esok hingga Selasa ini


PUTRAJAYA 21 April- Senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri.


Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua Pengerusi BN negeri dan terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu.

Tengku Adnan merangkap Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, untuk peringkat Wilayah Persekutuan pengumuman calon serta manifesto akan dibuat esok pada pukul 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kita telah mengeluarkan arahan agar pengumuman calon BN perlu dibuat bermula esok hingga Selasa ini, terpulang kepada Pengerusi BN negeri untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini-UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment