PRU14: BN Selangor lancar Manifesto 'Better Selangor' - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, April 8, 2018

PRU14: BN Selangor lancar Manifesto 'Better Selangor'

Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan manifesto bertemakan 'Better Selangor, Yakinlah BN lebih baik' yang menggariskan 10 program meliputi 100 inisiatif fokus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini hari ini.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, manifesto tersebut dirangka khas bagi memenuhi lima matlamat pembentukan negeri yang bakal melonjak pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat semua kaum untuk tempoh lima tahun akan datang.

Lima matlamat itu ialah:
- Mewujudkan kestabilan politik dan pentadbiran negeri berprestasi tinggi; 
- Keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat;
- Infrastruktur dan kemudahan asas mesra pengguna;
- Ekonomi berkembang maju, mampan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global
- Kesepaduan rakyat tonggak utama kelestarian pembangunan sosioekonomi negeri.

Noh berkata, BN bertekad untuk mengubah kehidupan rakyat Selangor menjadi lebih baik dan tersohor dalam tempoh lima tahun menerusi semua inisiatif yang telah dijanjikan.

"Sepanjang dua penggal Pakatan Harapan mentadbir Selangor, banyak masalah yang timbul antaranya, sampah, denggi dan yang paling mengecewakan apabila hari ini terbukti Selangor merupakan  negeri yang menghadapi masalah air paling kritikal di negara ini.

"Sebagai manusia, kita ada kelemahan, kesilapan tetapi kita belajar daripada kesilapan terdahulu, saya yakin jika BN memerintah, Selangor akan menjadi lebih baik, gemilang dan cemerlang," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Manifesto PRU-14 BN Selangor di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Pengerusi MIC Selangor, Datuk Seri S. Subramaniam dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta barisan kepimpinan komponen BN negeri.

Mengulas lanjut, Noh berkata, antara 100 inisiatif yang akan dilaksanakan ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sektor kerajaan ditanggung sepenuhnya dan pemerkasaan mahkamah syariah.

Katanya, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijadikan rumah sewa beli, membina 50,000 unit rumah mampu milik, program perumahan khas M40 serta 10 peratus insentif pembelian rumah pertama bawah RM200,000.

"Kita juga berjanji untuk menawarkan pendidikan Sekolah Rendah Agama secara percuma, dana khas Persatuan Ibu Bapa dan Guru, perkhidmatan bas sekolah percuma di kawasan PPR, insentif RM10,000 ijazah kelas pertama dan RM2,000 bantuan khas kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

"Selain memuktamadkan segera penstrukturan semula industri air, kerajaan BN akan menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu setiap bulan secara percuma untuk rakyat selain pemberian rebat penggunaan bawah 40 meter padu.

"Kita juga berjanji akan membina 6,000 unit rumah transit belia di Rawang dan Stadium Shah Alam yang menjadi kebanggaan Selangor akan menjadi gelanggang rasmi bola sepak negeri,"katanya.

Selain itu, Noh berkata, dana khas bantuan tambang bas sekolah untuk keluarga B40, menambah televisyen litar tertutup di kawasan berisiko tinggi selain pusat dialisis percuma di setiap Dewan Undangan Negeri serta mewujudkan skim kesihatan warga emas Selangor.

"Setiap pengguna yang membawa beg plastik sendiri ke kedai atau pasar raya yang mengenakan bayaran akan diberi 20 sen.

"Kita juga akan menyediakan kemudahan taska dan tadika di setiap perumahan  kos rendah dan sederhana serta subsidi penukaran meter pukal kepada persendirian selain saman dan kompaun tertunggak kesalahan penjaja, peniaga kecil dan trafik pihak berkuasa tempatan dihapuskan,"jelasnya. 





#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

No comments:

Post a Comment