#PRU14 :Bakal calon BN bersiap-sedia - Randau Sarawak

Breaking

Friday, April 20, 2018

#PRU14 :Bakal calon BN bersiap-sedia


Beberapa bakal calon komponen Barisan Nasional (BN) kelihatan berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak awal pagi tadi.

Tinjauan wartawan NSTP sejak jam 9 pagi mendapati, mereka mengenakan kemeja biru tertera logo BN dan dilihat keluar masuk dengan pintu Dewan Tun Hussein Onn dikawal penguatkuasa beruniform.

Seorang daripadanya ketika ditemui berkata, mereka menghadiri sesi fotografi yang akan digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Hari ini giliran calon dari Perak, Kelantan dan Pahang untuk sesi fotografi. Beberapa negeri lain sudah selesai awal minggu lalu.

"Semua calon parti komponen BN hadir sejak 9 pagi tadi," katanya.

No comments:

Post a Comment