#PRU14 : 4 Garis Pertempuran disediakan untuk pru14 - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, April 29, 2018

#PRU14 : 4 Garis Pertempuran disediakan untuk pru14

Sarawak dijangka akan mempertahankan reputasinya melalui calon Barisan Nasional (BN )untuk mengekalkan sebagai 'Deposit Tetap' dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) kali ini . Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tulang belakang parti BN negeri Sarawak diyakini untuk memenangi semua 14 kerusi yang dipertandingkan.

Satu-satunya Parlimen yang membimbangkan adalah Puncak Borneo, di mana terdapat beberapa gegaran daripada perbezaan pendapat pilihan calon BN walaupun begitu ia tidak dijangka meluap-luap hingga mendatangkan kerugian untuk parti.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga dilihat dapat mempertahankan enam kerusi walaupun terdapat pergolakan dalaman akibat pemecatan Timbalan Presiden Datuk Joseph Entulu bekas penyandang Selangau serta empat yang lain termasuk Lubok Antu iaitu bekas penyandangnya Datuk William Nyallau.

Pemecatan kedua-dua yang disebabkan bantahan di kalangan akar umbi dalam kedua-dua kawasan pilihan raya dan kini keadaan di Selangau diburukkan lagi oleh kejutan keputusan Pengerusi PKR negeri Sarawak, Baru Bian untuk bertanding di sana.

PRS akan menghadapi perjuangan yang sukar di Selangau tetapi masih yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut .

Namun begitu pihak yang paling sukar pada PRU Ke-14 ini ialah Sarawak Parti Rakyat Bersatu (SUPP) kerana ditugaskan untuk merampas enam kerusi yang hilang kepada pembangkang dalam Pilihan raya umum yang lepas.

Pertempuran yang paling menarik adalah di Parlimen Stampin (P196) dimana Presiden parti Datuk Dr Sim Kui Hian akan melawan  Pengerusi DAP negeri Sarawak Chong Chieng Jen.

Namun begitu bagi kedua-dua nya walaupun kalah ianya tidak akan menggugat kerjaya politik masing-masing kerana kedua-dua nya masih mempunyai jaringan keselamatan mereka di Dewan Undangan negeri Sarawak (ADUN)  iaitu Datuk Sim di N14 Batu Kawa dan Chong di N12 Kota Sentosa.

Untuk kemenangan Parlimen Stampin lebih bergantung kepada pengundi Bumiputera yang menyumbang hampir 40 peratus daripada undi. ini akan memberikan Dr Sim kemudahan jika jentera PBB di kawasan itu digerakkan dengan sebaiknya di belakang nya.

Di tempat lain, SUPP mempunyai sebab untuk menjadi yakin memenangi Sarikei, Lanang dan Miri, manakala tugasnya di Kuching dan Sibu boleh digambarkan sebagai menakutkan. Satu-satunya kerusi Parlimen yang diyakini menang dengan bergaya ialah Parlimen Serian.

Bagi komponen parti BN yang lain iaitu Progessive Parti Demokratik (PDP), tidak mempunyai masalah mempertahankan Bintulu dan Mas Gading iaitu dua daripada tiga kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang lepas. Walau bagaimanapun, terdapat tugas rumit untuk mempertahankan Baram dimana penyandang nya Anyi Ngau, hanya mendapat kurang dari 200 undi pada PRU lepas . Beliau akan menghadapi lawan yang sama iaitu Roland Engan dari PKR untuk PRU ini.

PDP juga akan berhadapan dengan Heavyweight PKR iaitu Ali biju, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Krian yang terdapat dalam Saratok yang akan memberi saingan sengit kepada calon Barisan Nasional iaitu Subeng Mula yang pertama kali dicalonkan untuk PRU14 ini.

Namun begitu sejajar dengan komitmen Barisan Nasional Sarawak yang dipengerusikan oleh Abang Johari Tun Openg selaku Ketua Menteri Sarawak yakin untuk mempertahankan semua kerusi yang ada iaitu 25 kerusi Parlimen di samping merampas tiga lagi kerusi yang telah dimenangi oleh pembangkang untuk mendapatkan keputusan A++ bagi Barisan Nasional negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment