PRU-14:Kit Siang terus berteka-teki? - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 2, 2018

PRU-14:Kit Siang terus berteka-teki?


BAHANG termometer Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah semakin ‘panas’ dan hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan, kedua-duanya sudah mempersiapkan jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.

Sudah pastinya tumpuan akan diberikan kepada nama-nama besar pemimpin sama ada daripada parti pemerintah dan juga pembangkang.

Persoalan yang biasa timbul setiap kali datang pilihan raya sudah pastinya berkisarkan tentang kerusi yang akan ditandingi pemimpin-pemimpin kanan kedua-dua parti ini.

Adakah Yang Berhormat (Yb) yang dilantik secara proses demokrasi oleh pengundi itu akan terus mempertahankan kerusi yang disandang atau beralih kerusi lain seperti yang biasa dilakukan sesetengah pemimpin.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menimbukan persoalan sama yang turut menjadi bualan hangat orang ramai termasuklah di warung-warung kopi tepi jalan.

“Kita semua tahu di mana (kerusi) Najib (Datuk Seri Najib), Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Shahrir akan bertanding.

“Tetapi kita tak tahu di mana Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Lim Kit Siang akan bertanding? Betulkah Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) akan bertanding di Permatang Pauh. Betul ke Nurul Izzah akan bertanding di Lembah Pantai...apa pasal begitu ye?

“Ini (sepatutnya) pemimpin yang nak beri harapan kepada rakyat...(tetapi menjadi) orang yang tak tahu di mana akar umbi, di mana tempat (asal) mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kit Siang contohnya, sehingga kini masih berteka teki kerusi mana yang akan ditandinginya pada PRU-14.

Meskipun sebuah portal bahasa Inggeris memetik sumber dalaman DAP mengesahkan pemimpin veteran itu akan kekal di kerusi Parlimen Gelang Patah, namun hingga kini tiada sebarang

pengesahan keluar dari mulut Kit Siang sendiri.

Sebaliknya, dalam satu ceramah di sebuah hotel di bandar raya ini malam tadi, Kit Siang terus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya bercakap mengenai soal kerusi yang akan ditandinginya.

“Mungkin malam ini saya boleh katakan, saya tidak akan dihantar ke Gelang Patah kerana tiadanya (kerusi) Gelang Patah (nama ditukar kepada Iskandar Puteri menerusi persempadanan semula),” katanya secara berseloroh.

Ujar Kit Siang, sama ada beliau akan dihantar ke kerusi Parlimen Gelang Patah atau tidak hanya akan diketahui ramai pada hari penamaan calon.

Sejak 1969 sehingga 2013, Kit Siang telah bertanding di tujuh kerusi Parlimen berbeza di Melaka, Pulau Pinang, Perak serta Johor dan sekali tewas di Parlimen Bukit Bendera pada 1999. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment