Polis cari lelaki rosakkan bendera BN


Pihak polis sedang menyiasat video memaparkan seorang yang disyaki melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian tersebut sejak semalam.

"Setakat ini tiga laporan polis telah dibuat ke atas suspek oleh orang awam yang menyaksikan kejadian, pemasang bendera, serta wakil pemuda daripada parti berkenaan.

"Kertas siasatan telah dibuka dan polis sedang di dalam proses menjejaki indivitu terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.


Facebook Comment