PM ucap tahniah pada Chong Wei - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, April 15, 2018

PM ucap tahniah pada Chong Wei


Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya memenangi pingat emas keenam negara pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, hari ini.

"@LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018. #NegarakuKebanggaanku #TeamMAS #HebatkanNegaraku," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, sebentar tadi.

Chong Wei menewaskan pemain ranking pertama dunia dari India dan pilihan pertama temasya, K Srikanth 19-21, 21-14, 21-14 untuk muncul juara acara perseorangan lelaki dalam perlawanan yang berlangsung selama 67 minit.

BH

No comments:

Post a Comment