Pesara kerajaan dapat pemberian one off

PUTRAJAYA 4 April - Kerajaan bersetuju untuk memberikan kenaikan satu peratus kadar pencen secara ‘one-off’ bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian itu sebagai tambahan sebanyak dua peratus yang diterima sebelum ini.

“Manfaat ini akan diterima oleh semua pesara termasuk pesara yang berumur 93 tahun itu juga akan menerima juga,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan kuota khas haji untuk golongan pesara kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut akan ditentukan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota oleh Arab Saudi. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment