Perjanjian Baru PH adalah perjanjian buruk - Setiausaha Politik - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 11, 2018

Perjanjian Baru PH adalah perjanjian buruk - Setiausaha Politik




Tawaran Pakatan Harapan (PH) Sarawak 'Perjanjian Baru' untuk Barisan Nasional (BN) Sarawak disifatkan satu perjanjian yang paling 'Buruk". Pada sudut lain PH berpura-pura menghormati Sarawak sebagai rakan dalam perjanjian Pembentukan Malaysia dan ingin membaikpulih hubungan tersebut jika mereka membentuk kerajaan Persekutuan tapi pada sudut lain mereka 'Terkantoi" bila menyebut hak Sarawak terhadap minyak dan gas.
 


"Mereka masih menganggap Petros sebagai syarikat kontraktor, bukan syarikat berdaulat Sarawak yang mempunyai kuasa pemilikan dan pengawalseliaan ke atas minyak dan gas di wilayah Sarawak. PH bahkan terus mencadangkan hanya 20 peratus royalti minyak untuk Sarawak dan juga untuk membentuk syarikat minyak lain untuk berkongsi kuasa perundangan minyak dan gas bersama-sama dengan Petronas yang berbalik kepada agenda kerajaan Sarawak untuk melaksanakan hak 100 peratus hak terhadap minyak dan gas di dalam wilayah Sarawak.Oleh itu, pada masa ini, PH telah gagal menghormati dan mengakui keutuhan wilayah Sarawak, apatah lagi untuk menghormati apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Baru,"

Memetik kenyataan Micheal Tiang, Ketua pemuda Sarawak United People's Party (SUPP) yang juga  merupakan setiausaha politik kepada ketua menteri bagaimanapun berkata bahawa cadangan Perjanjian Baru oleh PH ke Sarawak BN membuktikan pentingnya membina Sarawak yang lebih kuat. Beliau berkata tema kempen pilihan raya umum 'Sarawak yang lebih kuat' menekankan bahawa Sarawak mesti menjadi lebih kuat dan bebas dari segi kewangan. 


Beliau berkata Sarawak yang kuat diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan dan status perlembagaan khasnya sebagai salah satu daripada empat rakan pengasas kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan mengakui sekarang Sarawak telah memperoleh banyak hak nya yang terdapat di bawah MA63. 

Beliau berkata Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai 'negeri simpanan tetap' kepada Putrajaya selepas memenangi 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri 2016.

"Pada masa lalu Sarawak tidak pernah ditawarkan atau dipertimbangkan dalam hak-hak yang bersangkutan dengan Sarawak tapi dalam manifesto BN baru-baru ini ,Datuk Seri Najib Tun Razak, buat pertama kalinya BN memberi satu bab penuh manifestonya untuk memperkasa dan menjayakan Sarawak dengan memberi hak dan peruntukan dana untuk menutup jurang pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung. Ini menunjukkan bahawa apabila anda kuat dan mempunyai kuasa , anda akan didekati oleh semua pihak dengan penuh hormat untuk berurusan. Oleh itu sangat penting bagi semua orang Sarawak untuk menyokong BN Sarawak untuk menang dalam kesemua 31 kerusi Parlimen dalam PRU14 ".

No comments:

Post a Comment