PENDUDUK MUKAH & LAWAS DAPAT MANFAAT PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG


Salah satu agenda dalam Manifesto Barisan Nasional 2018 untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 buat rakyat Sarawak adalah membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas di Sarawak.

Adalah dijangka dengan terbinanya lapangan terbang ini nanti ianya akan meningkatkan lagi industri pelancongan Mukah dan juga Lawas. Kaum Melanau khususnya di Mukah akan menikmati kemudahan ini yang mana ianya akan merancakkan lagi ekonomi bahagian tersebut.

Di samping itu juga, dengan pembinaan lapangan terbang ini ianya akan membolehkan banyak syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Malindor Air dan syarikat penerbangan luar memulakan laluan ke Mukah dan juga Lawas.

Contohnya di Mukah, proposal pembinaan tapak projek lapangan terbang Mukah yang terletak 7KM dari Bandar Mukah ini akan mampu menampung pesawat Boeing737 dan Airbus A320, sekaligus membenarkan lebih ramai pelancong terbang terus ke Bahagian yang terkenal dengan umai dan Pesta Kaul.

Semestinya dengan terbinanya lapangan terbang ini, Kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat akan merealisasikan pembinaan projek pengangkutan udara moden di bahagian tersebut yang mana akan memanfaatkan rakyat Sarawak khususnya dan penduduk Mukah dan Lawas amnya.

Facebook Comment