Pemuda BN tekad laksana 8 jaminan manifesto - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 11, 2018

Pemuda BN tekad laksana 8 jaminan manifesto


Pemuda Barisan Nasional (BN) tekad memastikan lapan jaminan manifesto khusus untuk orang muda yang dijanjikan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan dilaksanakan sepenuhnya.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, berkata janji yang dibentangkan ini bukan ditampilkan atas kegilaan mencari undi atau dirangka untuk populariti, sebaliknya dibina atas suara, kerisauan, keluh resah, aspirasi dan impian setiap orang muda Malaysia.

Beliau berkata, lapan jaminan manifesto yang ditampilkan ini juga sudah mendapat persetujuan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sudah berjumpa Datuk Seri Najib dengan segala jaminan ini, dengan perancangannya, dengan kosnya. Datuk Seri Najib sebut pada saya - yes (setuju). Ok. Boleh.

"KJ (Khairy Jamaluddin) malam ini, kamu boleh mewakili kerajaan BN untuk memberi lapan jaminan ini kepada orang muda," katanya.

Khairy berkata demikian berucap merasmikan Manifesto Khas BN Untuk Orang Muda bertemakan "Jaminan Orang Muda: Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda", berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Turut hadir, Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas; Ketua Pemuda parti komponen BN serta pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili 78 pertubuhan belia di negara ini.

Dalam majlis sama, Khairy turut melancarkan hastaq JomBN, #JomBN, sebagai manifestasi sokongan anak muda kepada BN.

No comments:

Post a Comment