Pemuda BN Sarawak mengaktifkan bilik gerakan

Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak telah pun mengaktifkan bilik gerakan masing-masing di seluruh negeri ini.

Menurut Ketua Pemudanya, Gerald Rentap Jabu, langkah tersebut telah dibuat yang mana pada Pengerusi BN negeri sendiri telah melancarkan jentera pemuda pada 26 Mac lalu.

Katanya, sememangnya pemuda BN sudah bersiap siaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

“Kita bersedia untuk bertempur di barisan hadapan memastikan kemenangan besar BN dengan bekerjasama bersama jentera Bapa dan Wanita BN.

“Pada hari ini, saya berada di Lawas untuk melancarkan jentera pemuda Zon Lawas Limbang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gerak kerja jentera Pemuda BN setelah pembubaran Parlimen hari ini.

Tambahnya, jentera pemuda BN akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar buat BN Sarawak dibawah kepimpinan Pengerusinya merangkap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment