Pembangkang muka tebal tiru BR1M - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 18, 2018

Pembangkang muka tebal tiru BR1M

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang tidak tahu malu dan muka tebal apabila meniru kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri berkata, pembangkang membuat pusingan-U apabila memasukkan pemberian BR1M dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) sedangkan sebelum ini bantuan tersebut dikritik hebat.

“Dahulu kata BR1M tak baik, dedak, rasuah tapi alih-alih dalam manifesto mereka ada pula BR1M, selama ini kutuk BR1M. Tak malu, muka tebal.

“Kenapa dalam manifesto ada pula BR1M? Sebab BR1M membantu keluarga seperti yang saya umumkan bahawa pada Ramadan ini kita akan bayar bukan RM400 tapi RM800 untuk membuat persiapan Hari Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Abdul Mutalib Alias. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment