Peluang BN cukup cerah — Dr Jeniri


Dengan pelbagai tekanan, serta timbunan masalah sejak sebulan lalu, sukar untuk Pakatan Harapan mencantas peluang Barisan Nasional (BN) untuk kembali membentuk kerajaan, kata penganalisis politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir.

Beliau yang dihubungi di Hong Kong berkata, dengan situasi dalam negeri sekarang, disertai dengan perkembangan positif ekonomi, BN di bawah Datuk Seri Mohd Najib Razak akan kekal membentuk kerajaan.

“Sarawak dijangka menyumbang 28 kerusi manakala 18 kerusi.

” UMNO pula dilihat mampu menambah kerusi setelah tapisan calon dilakukan secara berhati-hati di hampir semua kerusi,” katanya.

Jelasnya, ‘rahsia terbuka’ persempadanan semula Parlimen turut mengukuhkan perkara asas berkaitan peluang parti itu untuk menang.

Profesor Madya Dr Jeniri Amir di Hong Kong

“Jika pembangkang mempersoal tentang ‘gerry mendering’ atau manipulasi kawasan pilihan raya, ia dibenarkan secara halus dalam sistem pilihan raya kita.

“Sebab Tun Mahathir sendiri pada zaman pemerintahannya mempraktiskan perkara yang sama beberapa kali, dan tujuannya adalah sama.

“Justeru itu, kita harus berfikiran terbuka dalam konteks ini, yang memberi kelebihan kepada kerajaan.

Tegasnya, yang penting adalah rakyat dan pemilih sendiri.

“Yang harus diutamakan adalah memilih wakil rakyat dan parti yang benar-benar mampu memperjuang nasib dan agenda masa depan.

“Pilih yang terbaik daripada analisis dan praktis, bukan kerana prejudis dan mendengar retorik berjela-jela, serta emosis,” jelasnya lagi.


Facebook Comment