Pengumuman Khas PM Mengenai Pembubaran Parlimen tarik perhatian rakyat


KUCHING 6 April - Pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pembubaran Parlimen yang disiarkan secara langsung di televisyen sebentar tadi, menarik perhatian masyarakat negeri ini.
Antara yang mengambil kesempatan mengikuti siaran langsung ialah pengunjung kedai makan di sekitar bandar raya ini.
Sebaik sahaja Najib mengumumkan berita itu, ada para pengunjung dilihat berhenti menjamu selera untuk menumpuh sepenuh perhatian ke kaca televisyen terdapat di kedai makan tersebut.
Menerusi siaran langsung itu, Najib telah memaklumkan kepada seluruh negara bahawa tarikh pembubaran Parlimen akan berkuatkuasa mulai esok setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Pengumuman itu bermakna, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan selepas ini, namun di Sarawak hanya menyaksikan pembubaran Parlimen kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan secara berasingan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment