Najib patut dihargai kerana menghubungkan Kapit Ke Seluruh Sarawak - Masing




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mendapat penghormatan kerana merealisasikan jalan yang akhirnya akan menghubungkan Kapit ke seluruh Sarawak buat kali pertama setelah lebih 50 tahun kemerdekaan. Dengan dana yang diberikan oleh Perdana Menteri , pengguna jalan raya dari Kuching  dan bahagian- bahagian lain di seluruh Sarawak tidak lama lagi boleh memandu ke Kapit bila siap pada tahun 2021.
 

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing kepada pemberita selepas menyampaikan dana projek kecil luar bandar(MRP), beliau berkata manakala projek RM850 juta untuk jalan sejauh 9.6km dari Kanowit ke Song, yang kini sedang dibina pula dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Kanowit sendiri sudahpun dihubungkan ke seluruh negeri. Jalan 45 kilometer dari Song ke Kapit, termasuk jambatan baru pula akan disiapkan menjelang Julai ini.
"Hanya selepas Najib masuk, kami mempunyai dana untuk menghubungkan Kapit ke seluruh Sarawak. Kapit bukan lagi sebuah 'pulau' di pulau Borneo sekarang. (Oleh itu) Anda tidak boleh memujuk orang di Kapit untuk tidak mengundi kepimpinan Najib. Ini kerana beliau adalah satu-satunya di antara enam perdana menteri yang memberi kita jalan yang membolehkan kita memandu dari Kapit ke seluruh Sarawak ".

Masing, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, berkata beliau melihat kemajuan pembinaan jalan dari helikopter ketika dalam perjalanan ke Kapit hujung minggu lalu.

"Kontraktor sedang melakukannya sekarang. Saya terbang ke sana pada minggu lepas, dan saya melihat aktiviti yang sedang berjalan di sana ... Saya yakin rakyat di Kapit cukup sabar menunggu tiga tahun lagi untuk jalan ini selesai ".

Sementara itu, sebanyak RM325,000 dalam dana MRP telah dikeluarkan kepada 20 orang penerima. Masing berkata dana itu datang dari fasa pertama pengagihan MRP di bawah kementerian dan ini termasuk RM443,000 dalam dana MRP yang telah dikeluarkan di Kapit hujung minggu lalu. 


Masing berkata penerima itu terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beliau menasihati penerima untuk menggunakan dana secara bijak. 

Turut hadir ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan presiden Persatuan Tenis Tenaga Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew.

Facebook Comment